Friday, January 14, 2011

salam perkasihan

salam perkasihan semua..lama sungguh blog ini terabai hinggakan kalau lelabah buat sarang mahu dah bercucu..hehehe..biasala kesibukan dalam mengharungi cabaran hidup dan ditambah dengan memasuki alam baru menyebabkan kita akan terasa terkujet..bak kata orang2 lama..kejutan budaya..ini juga berlaku pada berry..ye..tak terkejut jika katakan berry tidak menjangkakan keadaan yang sebegini akan berry hadapi seharian..semoga Allah memberikan kekuatan untuk berry teruskan perjuangan yang luhur ini...aminn

Monday, August 23, 2010

ramadhan

tahun ini pertama kalinya saya berpuasa bersama keluarga di kampung..manakan tidak 5 tahun di perantauan..balik 2 hari menjelang raya tidak memadai untuk sy merasai kehangatan puasa bersama keluarga..kini, sy seolah-olah mengidam..hahahahaha..masakan tidak di kelantan pelbagai juadah dijual untuk berbuka..

Tuesday, March 30, 2010

kata SAHABAT...

kata sahabatku, kita harus dewasa dalam melayari kehidupan ini..kita harus tega berhadapan dengan cabaran di sini dan dimana jua kita berada..kata sahabatku lagi, kita seharusnya ikhlas dalam bersahabat dan jangan kita fikirkan adakah orang lain ikhlas bersahabat atau sekadar mengambil peluang..namun bagiku sahabat ku adalah keluargaku, sahabatku adalah teman dikala susah dan senang..aku bahagia dengan sahabatku..andai hati ini mampu melaungkan pada dunia bahawa aku amat menyanyangi mu sahabat kerana kau ikhlas dalam bersahabat..sahabatku, andai aku pergi dahulu dari mu..aku ingin bertemu mu disaat kita dipertemukan di alam abadi bersama para mujahiddin dan para ambia..
ketahuilah bahawa aku amat menyayangi mu..
Sahabat ku dan saudaraku Nor Supina Samsudin aku bahagia dan gembira bersamamu..
sahabat dan kakak ku..Samsiah Mohd Nor..ku menyayangi mu setulus hati ini..
sahabatku nur nadia mat zim dan nor halimatunsaadiah ibrahim..ku bersyukur dikurniakan sahabat sebaik mu...

sahabatku,
andai kemboja berguguran..
dikaki kamar abadiku
terbiar mengharum mewangi
kutiplah dan letakkan ia di kamar ku..
agar kamar ku mengharum..
semerbak haruman firdausi
melingkar di ruang kamar ku yang sepi

sahabatku,
andai kamarku terbiar sepi
kunjungilah ia jika engkau mengerti
kesepian ku tanpa bait puisi Ya-Rabbi,
ungkaplah serangkap bicara,
yang meringankan bicaraku,
bersama hakim alam ketiga....

GELISAH

kegelisahan ini merentap bahagia ku..
kegelisahan ini membunuh impian ku..
kegelisahan ini..
mencanai langkah ku...
gelisah...
gelisah....
dan terus...
gelisah....


Eun Ariki,alor gajah
30.3.2010

Saturday, October 3, 2009

~KeWAraSan Yang HILaNg~

Salam..entry kali ni berry nak ucapkan TAHNIAH atas kejayaan WARAS PUBLICATION mementaskan drama 10 minit bertajuk kewarasan yang hilang..sehingga mengondol 3 hadiah utama:
~Pelakon Wanita Terbaik : Tim
~Pengarah terbaik : berry la tu..(hehehe)
~Persembahan terbaik : "kewarasan yang hilang"

Terima kasih kepada semua yang sudi menunjuk ajar kami..Pn.Samsiah mohd nor (Penulis Tangisan Bulan madu), Shamsudin Othman (Pensyarah), ini antara gambar kami...




Tekun mendengar pandangan dari cikgu sam..




Para pelakon "Drama Kewarasan Yang Hilang"



gambar lain? lain kali upload yerr...final exam da start.....

Wednesday, September 16, 2009

~Bilah-bilah Kata~

bilah-bilah kata,
umpama pedang berbisa,
sekali menghiris lukanya tetap ada,
andai luka sembuh jua,
parutnya tetap nyata,
kalimah dan aksara kata,
rumit diteroka,
menyesakan dada,
kadang-kala,
bisu itu senjata,
yang memahami akan terasa,
peritnya kata tanpa bicara,

andai dimengertikan bisu itu lagi sakit dari derita..menyelongkar detik kata ,mencari makna bahasa tanpa bicara..

Friday, September 11, 2009

~MaMOrU UsAgi~


jika melihat dari persepsi berry, mestilah mamoru dan usagi tidak membawa sebarang makna pada berry. namun, selepas mendengar cerita dari seorang sahabat ttg mamoru dan usagi hati berry terdetik "best sangat ker anime ni"?..lalu dengan kemudahan yang ada berry menyelongkar dunia maya dengan mencari apakah cerita disebalik nama itu. selepas itu "la ini ker?'terkeluar dari mulut berry tatkala melihat cerita mamoru dan usagi @ atau citer sailor moon ini..huhu memang seolah-olah berry ni ketingalan zaman sangat2 (yer ker???)..
"bila la berry akan ada mamoru "?detik hati kecil berry...
kadang kala sedar atau tidak berry sering tidak mengambil berat ttg sesiapa di sekeliling berry. kadang kala adik junior berry selalu beritahu bahawa :

"Kakak ni tak reti-reti nak bersosial ker"?kawan 3 orang jer..sampai bila2 tak ada teman tapi mesra"! sambil dia gelakan berry...dalam hati berry tak de insuran mulut punya mulut...tapi bila difikirkan balik ada benarnya juga kata-katanya..
errrmm... teruk sangat ke berry
ni?dulu berry ada seorang sahabat baik..baikkk sangat.berry sayang dia (sebagai best friend jer!) tapi dia dah pergi tinggalkan berry..dulu dialah yang selalu pujuk berry bila berry sedih, tahan dengan berry bila berry marah-marah, ...sekarang da tak de lg semua tu.....


dia adalah insan paling baik yang pernah berry berkenalan(tak pernah jumpa)..nama dia maya..berry kejilangan dia sekelip mata.kadang kala hati berr meronta-ronta nak jumpa maya tapi entahla..orang tak sudi tak kan kita nak expose lebih-lebih..jadi sekarang,kalau berry ada masalah atau stress berry akan pendam sorang2 la...huahua..


Hilangnya Mentari


mentari hilang,

aku cari dengan deraian air mata,

segenap ceruk kota dan desa,

tanpa nokhtah tanpa salam,

namun,

ku temui bianglala senja,

yang tidak tega ku pegang,

penyeri tika teduh hujan,

ku tahu ia sementara,

saat mentari tiba,

bianglala hilang tanpa berita,

Tinta Sang Bidadari Cinta

My photo
Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas kamu biarkan kegelisahan kamu menjadi racun yang akan membunuhmu? maka jadilah insan yang paling Bahagia di dunia ini..

Jemputan khasKu:

Perutusan:

  • Kuras-kuras Kreatif
  • AmigO Possa : Muhd. Mansur Abdullah
  • Sangeetha : Azizi Abdullah (Anugerah MASTERA)
  • Memoir Seorang Guru :Azizi Abdullah
  • Tangisan Bulan Madu : Samsiah Mohd Nor
  • Andainya Kutahu : Puteri Andalas
  • Cinta Jati Klasik: Samsiah Mohd Nor
  • 1515 : Faisal Tehrani
  • Bulan Berbisik :Samsiah Mohd Nor
  • Bidadari cinta:Samsiah Mohd Nor

Masih mencari ruang untuk mengulit rindu:

  • Cinta Tiada Akhirnya oleh fauziah ashari
  • Kembalikan Cintaku oleh Norhayati Berahim
  • Tulang-Tulang Berselerakan oleh Usman Awang
  • Ketupat Cinta oleh Faisal Tehrani
  • Lentera Mustika oleh Nisah Haron