Friday, August 28, 2009

Thursday, August 27, 2009

~ Antara Setem dan Raya~

Bagi teman-teman yang tak dapat tiket raya tahun ni..berry ada langkah penyelesaiannya. Nak tahu? okiey la berry kongsi, ada 7 langkah yang perlu korang ambil ialah:

1. beli kotak paling besar
2. grap setem diatas
3. korang masuk dalam kotak tu
4.tutup kotak itu
5. tampalkan setem tu
6. letak alamat rumah korang atas kotak tersebut
7. mintak tolong kawan-kawan poskan ke kampung...

Dan InsyaAllah Selamat sampai..senangkan..so semua orang dapat balik raya tahun ni...hehe

~Apa MAkna CinTa~


Sunday, August 23, 2009

Friday, August 21, 2009

Ramadhan Menjengah Kembali..

salam al-mubarak semua..

bulan kemuliaan, keberkatan, bulan kerahmatan kini datang kembali menjengah kita.tak sabar rasanya untuk mengulit bulan ini agar menjadikanku sebagai muslimah sejati yang sentiasa mengigati maha penciptanya, Allah SWT dan Nabi sekalian ummat,Nabi Muhammad SAW..kala subuh menjengah tiba,kesayuan juga sedikit terkesan..masakan tidak dirumah insan bernama ibu, mama, umi, mak, mek dan ma itu melancarkan perang suara besar-besaran mengejutkan anak2 yang liat bangun(berry sekali la tu) untuk bersahur agar hari tersebut dilalui dengan rasa yang bersemangat. tetapi kejauhan dari keluarga buat berry dan sahabat sedikit sayu..tiada lagi suara


"Bangun..bangun...cepat..dah nak azan ni...danial,nina,bella..bangunnnnn!!!!"


begitulah rutin harian yang akan berlaku dalam bulan yang mulia ini..ini hari pertama puasaku pada tahun ini..moga2 kerahmatan yang ada memberikan sedikit sinar dan harapan buat insan yang kurang bernasib baik diluar sana..moga-moga mereka juga merasakan kebahagiaan dibulan yang mulia ini.


apa yang berry suka pada bulan ini: tak perlu fikir nak makan tengahari dimana.


puasa : menahan lapar dan dahaga serta segala nafsu yang ada.


Berbuka : makan selagi terdaya

Impianku di bulan ramadhan: semoga berry tak perlu ganti puasa!

Cinta: agar dapat bertemu dengan malam lailatulqadar yang malam 1000 bulan.

Bazaar ramadhan: sama jer cuma warna kuih jer berbeza.


paling benci: kena berasak-asak beli juadah berbuka.

gembira: bila time nak berbuka(semua ada!!..kawan-kawan seperantauan ler..)


apa pun yang berlaku..

selamat berpuasa buat semua...


Terawih jangan lupeeee!!


Sunday, August 16, 2009

~Antara 2 Negara~

salam semua...
kerja kursus pertama yang menjadikan dunia berry tunggang terbalik ialah buat perbandingan novel...nak tahu novel apa?
"dari lembah ke coolibah" "sangeetha"


novel "dari lembah ke coolibah" dan "sangeetha"..adoiya,mula2 dapat tajuk mmg teruja sangat tapi bila baca memang memerlukan pemikirann yang tinggi..bahasa indonesia dan malaysia sangat berbeza walau masih dalam rumpun yang sama..
hampir 3 minggu cuba habiskan karya penulis prolifik titis basino p.i dari indonesia ini sangat menyesakan dada sebaliknya bila berry mengulit sangeetha..sangat dekat dalam diri berry..faktor persekitaran setempat banyak memudahkan berry memahami apa yang disampaikan Azizi Abdullah menerusi Sangeetha..

kajian berry menjurus kepada perbandingan isu sosial antara dua novel pemenang MASTERA tersebut..wah memang menarik..kalau sahabat ingin melihat percintaan dua negara yang sama tapi berbeza dari segi penyampaian naratifnya..carilah kedua novel ini...



Wednesday, August 5, 2009

~Tubir Mihrab cinta~

sajak ini terhasil saat berry bersama kawan-kawan menonton teater Ang li po di panggung bandaraya, kl. berry duduk di penjuru masjid sambil menunggu salah seorang sahabat yang bersolat di masjid Jamek yang terpaksa bergilir akibat sesak dengan jemaah. Berry diterjah idea untuk menulis, tapi sayangnya berry tiada nota dan pen..terasa sedih sekejap,tapi tiba2 terdetik bahawa berry masih membawa telefon bimbit maka dengan kemudahan yang ada ini.berry mula menyusun aksara dan terhasillah...

~Tubir mihrab cinta~

Di penjuru rumah Mu..
Aku terasa kerdil sekali..
Akibat dosa aku bagai ditelanjangi..

Di penjuru rumah Mu..
Aku tenang..
setenang-tenang manusia..
ku tinggalkan duaniawi..
ku gapai hakiki..
di teratak ini ku memuja Mu..
maha besar Ya Allah..
mihrab cintaMu..
buatku syahdu tanpa derita..
cinta Mu indah..
tanpa bezakan darjat kuasa..
tubir mihrab cintaMu jua..
aku damai dalam pelukan Mu Ya Rabbi..


iman azalea
masjid jamek,kuala lumpur
15 februari 2009

~Perit Mentari~

Dibawah perit mentari
Kelibat petani tua dan sabit sompeknya
Menari di tengah-tengah baruh
Mencongak sesuap dua rezeki
Buat anak penyambung tradisi
Perit diri tiada dihati
Perut anak perlu di isi
Penat dan sakit ditolak ke tepi
Pakaian anak perlu dibeli
Dibuang malu dihina dikeji
Rezeki dicari simpati dijauhi
Keringat tua kering di pipi
Penat lelah dibiar pergi

Senyum anak pengubat jerih sehari

Tinta iman azalea
Kubang Kerian,kelantan

~lagi-lagi sajak~

sajak ni..milik pensyarahku..
Dr.napie..just nak share sajak yang dimiliki oleh penyajak terbilang ini..rasanya sajaknya banyak berkisar ttg keagamaan.anak kelahiran kelantan ini juga terlalu low profile dengan para pelajarnya dan membuatkannya dekat dengan mahasiswa. tidak lokek berkongsi ilmu penulisan walau rata2 pelajarnya adalah calon pendidik.

TELAH SETENGAH ABAD AKU MENJALIN WARNA

Telah setengah abad aku bertatih dan berjalan
menyeberangi sempadan sejarah usia
telah setengah abad aku menyusun kembara
merentasi sempadan dan liku-liku sejarah hayat.

Aku telah mengenali budi manusia
yang memburu pelangi hidup di muara munajat
yang menampi debu hidup di kota metropolitan
yang menjalin bilah-bilah rona di pedalaman
segalanya berwarna-warni
bagaikan seorang mualim yang menyaring warna dosa
dan dosa pahala.

NAAPIE MAT
Alor Gajah, Melaka.

p/s: Dr .napie jangan marah..nanti kena jual...

~lakaran dinding laut~




ku lakar segala keperitan pada dinding laut..
datang ombak lalu dibawa ke pinggiran pantai..
hilang bersama buih-buih memutih...
sayangnya...hilang sebelum detik datang menyunting..
ku dayung kolek ke muara..
menuju ke pulau bahagia tetapi dihempas samudera menderu tiba...
ku layar bahtera menyebelah dada laut
karam sebelum tiba ke demaga...
permainan kehidupan terpaksa ditelan
walau manis hempedu terasa..
walau pahit madu ditelan…
tidak jua mampu membina damparan bahagia..
selimut derita bertandan tiba..

iman azalea
layar maya 09

~Bicara sang bulan~

Andai rembulan bisa berbicara syahdu..
titip kemuliaan pada insan yang satu..
usah dicari kesempurnaan pada yang tiada..
kerana kesempurnaan milik Dia nan Satu..
usah diseret kelukaan disebalik bayang mentari siaga..
kerana terukir derita setia..
usah ditanya pada sang pungguk merenung bulan..
cantiknya bulan tak akan menyembah bumi gersang..
saat pungguk hilang...
bulan menangis kerinduan..
terbayang wajah sang pungguk didahan..
andai bisa bulan bicara tentang kehidupan..
ku biar rembulan mengalun zikir yang hilang..
pada saat hijab ketandusan iman

terlayang pandangan pada sudut kemuliaan ..
keajaiban ciptaan Tuhan..
maha kuasa Ya Allah..
kau kurnia keajaiban menjamu hijab pandanganku...
rembulan terasa dekat pada tubir mataku..
terpaku aku pada Mihrab cinta nan satu...
pada saat hilangnya mentari pagi ku..

iman azalea,
desa canselor,upm

Tinta Sang Bidadari Cinta

My photo
Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas kamu biarkan kegelisahan kamu menjadi racun yang akan membunuhmu? maka jadilah insan yang paling Bahagia di dunia ini..

Jemputan khasKu:

Perutusan:

  • Kuras-kuras Kreatif
  • AmigO Possa : Muhd. Mansur Abdullah
  • Sangeetha : Azizi Abdullah (Anugerah MASTERA)
  • Memoir Seorang Guru :Azizi Abdullah
  • Tangisan Bulan Madu : Samsiah Mohd Nor
  • Andainya Kutahu : Puteri Andalas
  • Cinta Jati Klasik: Samsiah Mohd Nor
  • 1515 : Faisal Tehrani
  • Bulan Berbisik :Samsiah Mohd Nor
  • Bidadari cinta:Samsiah Mohd Nor

Masih mencari ruang untuk mengulit rindu:

  • Cinta Tiada Akhirnya oleh fauziah ashari
  • Kembalikan Cintaku oleh Norhayati Berahim
  • Tulang-Tulang Berselerakan oleh Usman Awang
  • Ketupat Cinta oleh Faisal Tehrani
  • Lentera Mustika oleh Nisah Haron