Saturday, July 25, 2009

~Komentar layar maya~


sebuah
Pertemuan
komentar
pada layar maya
pertemuan
tanpa suara
tanpa bicara
hanya aksara
penghubung cetera
antara kita
menerbit
satu cinta
yang terpaksa dilupa
pada saat jiwa bersama

iman azalea
desa Canselor

~Aduhai Malang Pak Kaduk~

gara-gara seloka pak kaduk..blueberry mengeledah semua laman maya akhirnya menjumpai di nun jauh kota samarahan dalam blog aisyamudin..kadang kala berry terfikir kenapasusah sangat untuk mendapatkan lagu-lagu rakyat kita?
berry selitkan sedikit lagu tersebut:

SELOKA PAK KADUK

Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
jika kita yang tidak memertabatkan lagu-lagu ini..siapa lagi harus diharapkan? mat rempit atau minah rempit?

Wednesday, July 15, 2009

~selamat Ulang Tahun Kawan~

sue..
saat aku menemuimu di desa ini
aku tidak menduga
dengan ramah engkau menyapa
berkenalan terus mencoret cetera kita berdua,
tangisan suka dan duka
kita bersama harunginya
memoir itu ku simpan dalam neuron ingatanku
pada hari ulang tahun mu..
cetera kita tidak berakhir disini
kerana bayu dan rimba merestui kita
lakaran wajahmu dan bisikan katamu
sentiasa di hatiku kawan..
sue,selamat hari jadi ke-23
tinta:
iman azalea

~Lambaian rindu~


lewat malam ini saat akalku diterjah kebosanan ktitis..
ku merindui saat kenakalan bermaharajalela..
ku layang pada ingatan usang..
pencarian dalam serebelum yang pincang...
ingatan singgah pada neuron persekolahan..
ironik persis sang kancil bijak bicara..
menguji benteng iman seorang pendidik tua..
kotak memoriku masih menyimpan..
bau wangi setanggi sang pendidik tua..
yang murah dengan hilai tawa..
senyum penghias bicara..
kulewati zaman silam..
kumerindui detik-detik itu....
lambaian kampus tua..

mengamit jiwalara..

iman azalea,
desa canselor 09

Friday, July 10, 2009

~Swan Kehilangan Arah~

kebuntuan sering menjadi peneman setia kita dikala senja..
kadang kala blueberry rasa kecewa dengan perjalanan yang telah ditentukan..
apabila blueberry menemui putera hati yang berjaya menawan hati ini..blueberry rasa ia sesuatu yang paling membahagiakan hidup blueberry.namun, panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan..putera hati blueberry yang blueberry kasihi rupanya sudah dimiliki oleh insan lain..kecewa, derita,pahit semuanya berkumpul didada blueberry bagai kapal yang ingin karam ditengah lautan.cinta yang blueberry semai rupanya merupakan antah yang tidak akan bercambah..walau kedua tangan bertepuk tetapi dihati bluebery masih ada nilai kemanusiaan yang rasional..walau pahit,terpaksa blueberry lepaskan segala sayang..cinta..ke laut agar ia tidak di jumpai lagi..bukan blueberry ingin mengatakan bahawa blueberry mulia tetapi blueberry tidak mahu apa yang berlaku pada bonda blueberry terjadi pada insan lain..walau derita blueberry terpaksa terima bahawa putera bukan hak blueberry di hayat ini..kini, blueberry umpama swan yang kehilangan arah..mencari titik permulaan kembali dalam sesebuah perhubungan...mulai dengan kekosongan yang hilang...

Tinta Sang Bidadari Cinta

My photo
Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas kamu biarkan kegelisahan kamu menjadi racun yang akan membunuhmu? maka jadilah insan yang paling Bahagia di dunia ini..

Jemputan khasKu:

Perutusan:

  • Kuras-kuras Kreatif
  • AmigO Possa : Muhd. Mansur Abdullah
  • Sangeetha : Azizi Abdullah (Anugerah MASTERA)
  • Memoir Seorang Guru :Azizi Abdullah
  • Tangisan Bulan Madu : Samsiah Mohd Nor
  • Andainya Kutahu : Puteri Andalas
  • Cinta Jati Klasik: Samsiah Mohd Nor
  • 1515 : Faisal Tehrani
  • Bulan Berbisik :Samsiah Mohd Nor
  • Bidadari cinta:Samsiah Mohd Nor

Masih mencari ruang untuk mengulit rindu:

  • Cinta Tiada Akhirnya oleh fauziah ashari
  • Kembalikan Cintaku oleh Norhayati Berahim
  • Tulang-Tulang Berselerakan oleh Usman Awang
  • Ketupat Cinta oleh Faisal Tehrani
  • Lentera Mustika oleh Nisah Haron