Monday, August 23, 2010

ramadhan

tahun ini pertama kalinya saya berpuasa bersama keluarga di kampung..manakan tidak 5 tahun di perantauan..balik 2 hari menjelang raya tidak memadai untuk sy merasai kehangatan puasa bersama keluarga..kini, sy seolah-olah mengidam..hahahahaha..masakan tidak di kelantan pelbagai juadah dijual untuk berbuka..

Tuesday, March 30, 2010

kata SAHABAT...

kata sahabatku, kita harus dewasa dalam melayari kehidupan ini..kita harus tega berhadapan dengan cabaran di sini dan dimana jua kita berada..kata sahabatku lagi, kita seharusnya ikhlas dalam bersahabat dan jangan kita fikirkan adakah orang lain ikhlas bersahabat atau sekadar mengambil peluang..namun bagiku sahabat ku adalah keluargaku, sahabatku adalah teman dikala susah dan senang..aku bahagia dengan sahabatku..andai hati ini mampu melaungkan pada dunia bahawa aku amat menyanyangi mu sahabat kerana kau ikhlas dalam bersahabat..sahabatku, andai aku pergi dahulu dari mu..aku ingin bertemu mu disaat kita dipertemukan di alam abadi bersama para mujahiddin dan para ambia..
ketahuilah bahawa aku amat menyayangi mu..
Sahabat ku dan saudaraku Nor Supina Samsudin aku bahagia dan gembira bersamamu..
sahabat dan kakak ku..Samsiah Mohd Nor..ku menyayangi mu setulus hati ini..
sahabatku nur nadia mat zim dan nor halimatunsaadiah ibrahim..ku bersyukur dikurniakan sahabat sebaik mu...

sahabatku,
andai kemboja berguguran..
dikaki kamar abadiku
terbiar mengharum mewangi
kutiplah dan letakkan ia di kamar ku..
agar kamar ku mengharum..
semerbak haruman firdausi
melingkar di ruang kamar ku yang sepi

sahabatku,
andai kamarku terbiar sepi
kunjungilah ia jika engkau mengerti
kesepian ku tanpa bait puisi Ya-Rabbi,
ungkaplah serangkap bicara,
yang meringankan bicaraku,
bersama hakim alam ketiga....

GELISAH

kegelisahan ini merentap bahagia ku..
kegelisahan ini membunuh impian ku..
kegelisahan ini..
mencanai langkah ku...
gelisah...
gelisah....
dan terus...
gelisah....


Eun Ariki,alor gajah
30.3.2010

Tinta Sang Bidadari Cinta

My photo
Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas kamu biarkan kegelisahan kamu menjadi racun yang akan membunuhmu? maka jadilah insan yang paling Bahagia di dunia ini..

Jemputan khasKu:

Perutusan:

  • Kuras-kuras Kreatif
  • AmigO Possa : Muhd. Mansur Abdullah
  • Sangeetha : Azizi Abdullah (Anugerah MASTERA)
  • Memoir Seorang Guru :Azizi Abdullah
  • Tangisan Bulan Madu : Samsiah Mohd Nor
  • Andainya Kutahu : Puteri Andalas
  • Cinta Jati Klasik: Samsiah Mohd Nor
  • 1515 : Faisal Tehrani
  • Bulan Berbisik :Samsiah Mohd Nor
  • Bidadari cinta:Samsiah Mohd Nor

Masih mencari ruang untuk mengulit rindu:

  • Cinta Tiada Akhirnya oleh fauziah ashari
  • Kembalikan Cintaku oleh Norhayati Berahim
  • Tulang-Tulang Berselerakan oleh Usman Awang
  • Ketupat Cinta oleh Faisal Tehrani
  • Lentera Mustika oleh Nisah Haron