sajak ini terhasil saat berry bersama kawan-kawan menonton teater Ang li po di panggung bandaraya, kl. berry duduk di penjuru masjid sambil menunggu salah seorang sahabat yang bersolat di masjid Jamek yang terpaksa bergilir akibat sesak dengan jemaah. Berry diterjah idea untuk menulis, tapi sayangnya berry tiada nota dan pen..terasa sedih sekejap,tapi tiba2 terdetik bahawa berry masih membawa telefon bimbit maka dengan kemudahan yang ada ini.berry mula menyusun aksara dan terhasillah...
~Tubir mihrab cinta~
Di penjuru rumah Mu..
Aku terasa kerdil sekali..
Akibat dosa aku bagai ditelanjangi..
Di penjuru rumah Mu..
Aku tenang..
setenang-tenang manusia..
ku tinggalkan duaniawi..
ku gapai hakiki..
di teratak ini ku memuja Mu..
maha besar Ya Allah..
mihrab cintaMu..
buatku syahdu tanpa derita..
cinta Mu indah..
tanpa bezakan darjat kuasa..
tubir mihrab cintaMu jua..
aku damai dalam pelukan Mu Ya Rabbi..
iman azalea
masjid jamek,kuala lumpur
15 februari 2009
Wednesday, August 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tinta Sang Bidadari Cinta
- Eun Ariki Aizawa
- Bukankah purnama tersenyum simpul dan bintang-bintang bersorak riang? Lantas kamu biarkan kegelisahan kamu menjadi racun yang akan membunuhmu? maka jadilah insan yang paling Bahagia di dunia ini..
Jemputan Terhormat
Jemputan khasKu:
Perutusan:
- Kuras-kuras Kreatif
- AmigO Possa : Muhd. Mansur Abdullah
- Sangeetha : Azizi Abdullah (Anugerah MASTERA)
- Memoir Seorang Guru :Azizi Abdullah
- Tangisan Bulan Madu : Samsiah Mohd Nor
- Andainya Kutahu : Puteri Andalas
- Cinta Jati Klasik: Samsiah Mohd Nor
- 1515 : Faisal Tehrani
- Bulan Berbisik :Samsiah Mohd Nor
- Bidadari cinta:Samsiah Mohd Nor
Masih mencari ruang untuk mengulit rindu:
- Cinta Tiada Akhirnya oleh fauziah ashari
- Kembalikan Cintaku oleh Norhayati Berahim
- Tulang-Tulang Berselerakan oleh Usman Awang
- Ketupat Cinta oleh Faisal Tehrani
- Lentera Mustika oleh Nisah Haron
Wah..puitisnya.. :)
ReplyDeleteDear Kak Azalea,
ReplyDeleteNice poem :)
makacih...
ReplyDelete